Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi', Cyberjaya,
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi', Cyberjaya,
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Syarat-syarat Menziarahi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi' Cyberjaya Berdasarkan Pekeliling dikeluarkan JAIS berkuatkuasa 1 September 2021

  1. Tidak melebihi (2) orang waris pada satu-satu masa
  2. Masa menziarahi tidak melebihi 20 minit
  3. Memakai pelitup muka dan hidung
  4. Penjarakan fizikal sekurangnya (1) meter
  5. Mengimbas aplikasi Mysejahtera
  6. Telah lengkap menerima *dua (2) dos vaksin
  7. Masa menziarah tanah perkuburan:
    · Sesi 1 dari jam 10.00 pagi - 1.00 petang
    · Sesi 2 dari jam 5.00 petang - 7.00 petang

Mengenai Kami

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyberjaya adalah di bawah pengurusan dan pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Kubur Raudhatul Baqi’, Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Tanah Perkuburan Islam ini terletak di Cyber 10, Cyberjaya yang berhampiran dengan Masjid Cyber 10. Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ bagi fasa 1A ini seluas 4.67 ekar mampu memuatkan lebih kurang 1500 unit kubur iaitu termasuk kubur dewasa, kubur kanak-kanak dan kubur anggota badan.

Kemudahan yang terdapat di Tanah Perkuburan Islam Majlis Perbandaran Sepang ini adalah kawasan parkir kenderaan termasuk parkir OKU, laluan pejalan kaki, lampu jalan, gazebo beserta bangku duduk dan pili air.

Waktu Ziarah Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyberjaya adalah 8.00 pagi sehingga 7.00 petang.

Waktu Operasi Pengebumian pula adalah 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari. Pengkebumian diluar waktu operasi hanya akan dijalankan berdasarkan kes-kes tertentu sahaja dengan kebenaran pihak pengurusan MPSepang.

Perkhidmatan pengurusan yang disediakan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ Cyberjaya antaranya adalah penerimaan permohonan pengebumian, pengurusan pengebumian jenazah, pengawasan tanah perkuburan dan penyelenggaraan tanah perkuburan. Perkhidmatan kenderaan jenazah tidak disediakan.

Perkhidmatan Kami

Berikut adalah perkhidmatan yang disediakan dan tidak disediakan untuk Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi' Cyberjaya

Sila skroll ke kanan untuk melihat maklumat lanjut.

BIL PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1 Menyediakan lot perkuburan yang siap digali
2 Menguruskan dan menyempurnakan jenazah ke dalam liang lahad
3 Penyelenggaraan lot pusara serta persekitaran kubur supaya sentiasa bersih
4 Menjalankan kerja pembersihan di kawasan tanah perkuburan agar kelihatan teratur dan cantik sebagai tanda penghormatan
5 Mewujudkan rekod dokumen dan maklumat data kematian yang lengkap
6 Menyediakan medium informasi melalui Sistem MyPusara bagi memudahkan capaian maklumat berkaitan Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ oleh pewaris dan penziarah
BIL PERKHIDMATAN YANG TIDAK DISEDIAKAN
1 Memandikan jenazah
2 Mengkafankan jenazah
3 Menyembahyangkan jenazah 
4 Perkhidmatan kenderaan jenazah
5 Mentalkinkan jenazah
6 Perkhidmatan di atas tidak disediakan kerana ianya lebih merupakan tanggungjawab syariah kariah simati

Bayaran

Berikut adalah kadar bayaran pengurusan pengebumian mengikut kategori:

BIL KATEGORI JUMLAH (RM)
1 Kanak-Kanak
100.00
2 Dewasa 150.00
3 Warga Asing 300.00

Pembayaran di atas talian boleh dilakukan menerusi "JOM PAY". Pihak waris boleh menghubungi atau menghantar pesanan melalui WhatsApp kepada pegawai Unit Pengurusan Kubur, Majlis Perbandaran Sepang di talian 019-210 9145 bagi mendapatkan nombor bil pelbagai untuk di isi di ruangan Ref-1.

Selain daripada itu, pembayaran secara Tunai, Kad Visa/Master, Kad Debit dan Kad American Express juga boleh di buat di Kaunter MPSepang ataupun Kios Bayaran MPSepang (Ibu Pejabat).

Adab & Etika

1) Sentiasa menutup aurat & sunat berwudhuk

2) Sebaik-baiknya berdoa untuk ahli kubur

3) Dilarang memijak & melangkah pusara

4) Dilarang meminta kepada arwah

5) Dilarang memeluk & mencium nisan

6) Dilarang bermain & ketawa

7) Dilarang menghisap rokok

8) Dilarang duduk & berteleku di atas pusara

9) Dilarang membuang sampah merata-rata

10) Dilarang meraung, mengoyakkan baju & sebagainya

11) Niat kerana Allah untuk mengingati mati & mendapat pengajaran

12) Sunat memberi salam & melangkah masuk tanah perkuburan dengan kaki kanan

13) Sentiasa menyebut kebaikan arwah, bukan keburukannya

14) Dilarang berbuat bising & minta kawal anak-anak daripada mengganggu penziarah kubur lain

15) Bagi wanita, dilarang bersolek & makruh baginya yang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

Syarat-syarat

1) Waris hendaklah MEMBERITAHU lebih awal tentang kematian yang berlaku kepada Unit Pengurusan Kubur Raudhatul Baqi’, Majlis Perbandaran Sepang untuk persediaan awal kepada jenazah.

2) WAKTU pengebumian adalah daripada jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari. Pengkebumian diluar waktu operasi hanya akan dijalankan berdasarkan kes-kes tertentu sahaja dengan kebenaran pihak pengurusan MPSepang.

3) Pihak waris BERTANGGUNGJAWAB mendapatkan permit pengkebumian daripada pihak berkuasa sebelum membuat tempahan kubur.

4) Waris WAJIB mengisi Borang Permohonan Pengebumian Jenazah dan menyerahkan sijil daftar kematian / permit mengubur asal untuk semakan.

5) Waris hendaklah membuat bayaran mengikut KADAR bayaran pengurusan pengebumian yang telah ditetapkan dan memaklumkan kepada pihak pengurusan setelah bayaran telah dilakukan.

6) Permohonan proses pengkebumian pada waktu malam, waris perlu memaklumkan terlebih dahulu sebelum jam 5 petang dan perlu mendapat KEIZINAN daripada pegawai yang diberi kuasa bagi mendapat kebenaran sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

7) Waris DILARANG mengadakan sebarang upacara yang menyalahi syarak di dalam kawasan perkuburan.

8) Pihak pentadbir berhak MENOLAK permohonan sekiranya syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan gagal dipatuhi.

9) Waris PERLU mengisi Borang Permohonan Binaan Kepungan Pusara bagi membuat binaan kepungan pusara dan mengisi Borang Akuan Janji bagi mematuhi Peraturan Binaan Kepungan Pusara & Pokok Hiasan yang telah ditetapkan.

10) Waris DILARANG menanam sebarang pokok yang tidak dibenarkan dan DILARANG untuk membuat binaan pusara sendiri, sebarang reka bentuk kerusi atau seumpamanya tanpa kelulusan pihak pengurusan. Sekiranya berlaku, Pihak Pengurusan Kubur Raudhatul Baqi’ mempunyai kuasa untuk memberi notis agar binaan pusara itu dibuka semula atau pihak pengurusan akan mengambil tindakan membuka binaan pusara tersebut.

11) Waris tidak boleh mempersoalkan syarat-syarat yang telah ditetapkan kerana ini sebahagian syarat-syarat yang termaktub di dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976, Undang-Undang Kecil Tanah Perkuburan Islam (Majlis Perbandaran Sepang) 2005.

Spesifikasi Binaan

Binaan kepungan pusara BOLEH dibina selepas 90 hari dari tempoh pengebumian bagi mengelakkan tanah kubur itu mendap.

Pihak waris adalah DISYORKAN untuk menghubungi kontraktor yang telah dipilih bagi menguruskan pemasangan binaan kepungan pusara dimana kos pemasangan ditanggung sendiri oleh pihak waris.

Pihak kontraktor DIWAJIBKAN untuk mengikuti spesifikasi binaan kepungan pusara yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Sepang.


Muat Turun Borang

Berikut adalah borang-borang yang anda boleh muat turun. Sila cetak, isi dan pulangkan kembali kepada pihak pengurusan kubur.

Sila skroll ke kanan untuk melihat maklumat lanjut.

PERMOHONAN PENGEBUMIAN JENAZAH PERMOHONAN BINAAN KEPUNGAN PUSARA AKUAN JANJI PERATURAN BINAAN KUBUR PERMOHONAN BAHAGIAN ANGGOTA BADAN

Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Pejabat Pengurusan Kubur Raudhatul Baqi di talian no 03-83190378 atau pegawai-pegawai berikut dari Unit Pengurusan Kubur, Majlis Perbandaran Sepang :

Sila skroll ke kanan untuk melihat maklumat lanjut.

No Nama
1 UNIT PENGURUSAN KUBUR
TANAH PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUL BAQI’
2 EN. MOHD SALIHIN BIN JELANI
KETUA PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
012-595 9272
3 EN. AZAMUDDIN BIN AHMAD
PEMBANTU AWAM
018-239 5394
4 EN. MUHAMMAD FAIZAL BIN ALI
PEMBANTU AWAM
017-883 2844